Thursday, July 2, 2009

SISTEM HIDROGEN SHAMHIDRO

ANDA MAHU JIMATKAN PETROL?

1. Saya mendapat petua ini dari sahabat saya iaitu saudara Hisham yang duduk di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

2. Beliau sangat popular dan pernah keluar dalam suratkhabar apabila berjaya mencipta alat
penjimat minyak berasaskan hidrogen dengan kos yang sangat murah iaitu lebih kurang RM250-RM300 sahaja.

3. Sebelum kita pergi jauh untuk menemui matlamat menjimatkan petrol dengan sedikit kos, saya turunkan dahulu petua penjimatan petrol yang asas.

4. Kenderaan ialah satu alat pengangkutan untuk membawa kita dari A ke B. Bila kita mengangkut sesuatu bermakna ianya membabitkan beban.Kenderaan anda memerlukan lebih petrol untuk membawa beban.

5. Beban ialah faktor utama dalam menentukan samada anda boleh jimat atau sebaliknya.

6. Beban terjadi apabila kita memasang a. penghawa dingin b. membawa penumpang c. muka bumi seperti pendakian bukit, keadaan jalan samada di bandar atau di lebuhraya dan d. keadaan
kenderaan itu sendiri.

7. Dengan semua faktor di atas, kita agak sukar untuk menjimatkan petrol, ada seorang kawan saya yang sanggup membuang tayar gantian dan ruang bonet kosong, semata-mata untuk meringankan kenderaan bagi penjimatan minyak dan pada satu masa, beliau bertindak agak ekstrem dengan menanggalkan kerusi belakang penumpang.


JIKA DEMIKIAN BAGAIMANA HENDAK MENJIMATKAN PETROL

8. Jawapan yang paling ringkas adalah dengan menambahkan kuasa kenderaan anda.

9. Ada berbagai cara untuk berbuat demikian..tapi yang paling mudah dan paling murah ialah
dengan menggunakan gas Hydrogen yang dihasilkan dari AIR !

10.Daya letupan Hydrogen adalah 3X lebih kuat dari petrol. Kuasa ini berupaya menangani masalah beban. Apabila kenderaan anda mempunyai kuasa (power), ia akan terasa 'ringan'..lebih pick-up jadi anda tidak perlu menekan pedal minyak dengan banyak. Di situ lah sebenarnya kunci kepada penjimatan.

11.Hydrogen boleh didapati dari satu sumber yg sangat mudah didapati iaitu air. Apabila air
melalui proses elektrolisis. Ianya akan dipecahkan kepada 2 molekul Hydrogen dan 1 molekul
oksigen dalam bentuk gas.

12.Gas inilah yg akan disuntik ke dalam kebuk pembakaran dan menghasilkan pembakaran yang total atau sempurna.

KENDERAAN KITA MEMBUANG 70 PERATUS PETROL DALAM BENTUK KARBON

13.Saya sebut sempurna atau total kerana dalam keadaan biasa, bukan semua petrol kita dibakar untuk mengerakkan kereta, ada yang dibazirkan sebagai bahan buangan atau dimasukkan ke dalam sistem manifold untuk tujuan penyejukan.

14.Pembakaran total dan kuasa Hydrogen ini lah yang menghasilkan KUASA yg sangat diperlukan.

15.Tahukah anda bahawa hanya lebih kurang 30% sahaja petrol yang anda beli digunakan sebagai bahanapi pembakaran dan sebanyak 70% lagi dibazirkan sebagai karbon.

16.Buktinya? Cuba anda lihat minyak enjin kereta anda..agaknya mengapa ia menjadi hitam?

17.Itu ialah karbon dan juga petrol yg tidak terbakar akibat pembakaran yg tidak sempurna dan lagi bukti ialah pengaliran gas (belum habis bakar) dari intake manifold ke karburetor atau throttle body. Ia dihantar balik ke tempat bakar kerana masih belum habis terbakar.

18.Anda pernah dengar Catalyic Converter, alat inilah yang membantu untuk menukarkan petrol tak terbakar kepada bentuk yang selamat dari pencemaran.

SISTEM HIDROGEN "SHAMHIDRO" MEMBANTU ANDA

19.Biar saya terangkan sedikit mengenai alat penghasil Hydrogen yang dicipta oleh sahabat saya, iaitu Shamhidro.

20.Alat ini menyuntik sedikit sahaja gas ke dalam kebuk pembakaran. Ianya sebagai booster dan menggunakan kelebihan serta sifat gas Hydrogen tadi untuk membuat pembakaran cepat serta menambahkan kuasa kepada 3 kali ganda.

21.Tiada ubahsuai dilakukan kepada enjin.Hanya menggunakan saluran vakum sebagai sumber aliran Hydrogen ke intake manifold.

BEZA SISTEM SHAMHIDRO DENGAN TEKNOLOGI LAIN

22.Ada banyak perbezaan pada teknologi sahabat saya ini dengan orang lain.

23.Apabila sistem Shamhidro dipasang pada kenderaan kereta anda, beliau akan menjalankan proses setting untuk mengecilkan AFR(air-fuel ratio) pada kereta anda, itu pun jika enjin yang dipakai adalah dari jenis karburetor seperti Kancil atau Proton Iswara.

24.Setting seperti ini tidak mampu dilakukan oleh orang lain tetapi rahsia ini berada di dalamn tangan Shamhidro kerana beliau merupakan bekas jurutera yang sudah berpengalaman 15 tahun.

25.Setting ini juga perlu diubah kerana setting standard dari kilang sangat membazirkan minyak petrol, untuk melihat beliau mengubahsuai setting AFR ini, boleh datang melihat proses itu dilaksanakan jika anda menempah sistem hidrogen Shamhidro.

26.Proses setting yang sama bagaimanapun tidak diperlukan untuk kenderaan yang menggunakan sistem suntikan bahanapi elektronik seperti enjin EFI kerana sistem komputer kenderaan anda akan mengadaptadi semua perubahan. Ya, memang kereta hari ini memiliki otak komputernya sendiri yang dinamakan ECU.

GAMBAR TEKNOLOGI SHAMHIDRO







Sistem hidro berkembar untuk kereta dengan kapasiti 2.0 liter ke atas sebagai contoh Perdana V6 (Gambar atas)



Di atas ini pula merupakan sistem hidro yang biasa dipasang pada kereta 2.0 liter ke bawah seperti Proton Wira dan Kancil, sebenarnya bukan setakat kereta buatan Malaysia, kereta-kereta buatan luar negara seperti Mercedez dan Toyota serta pelbagai lagi boleh menggunakan sistem ini.

Perhatikan tiub lutinar kecil di tepi balang hidrogen, tiub ini memudahkan pengguna memerhati takat air di dalam balang. Jika sampai minimum, air perlu ditambah melalui satu bukaan kecil di atas balang.

Jika saudara tertanya, di dalam balang terdapat dua rod besi iaitu negatif dan positif. Rod besi inilah yang menghasilkan tenaga hidrogen melalui proses hidrolisis. Di bawah ini ditunjukkan bagaimana balang hidrogen ini berintekraksi dengan kereta anda.



Balang hidrogen yang dipasang tidak memakan ruang, sebagai contoh, balang hidrogen ini dipasang pada bahagian enjin. Ada yang dipasang di sebelah tempat duduk pemandu.





Perkembangan sistem ShamHidro ini mengambil masa dua tahun, jika di awal penciptaan, Sham memakai balang yang lutsinar tetapi mudah retak. Pengalaman mengendalikan aduan pelanggan serta feedback yang diterima menyebabkan beliau menukar kepada balang hitam yang dipakai sekarang ini. Balang di bawah ini merupakan sistem yang mula-mula dipakai, kebaikannya pengguna boleh melihat bagaimana air di dalam balang menjadi putih dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi gas hidrogen.


BERIKUT MERUPAKAN ANALISIS DATA KERETA PELANGGAN YANG MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA PENCIPTA.
Dari data ini, saudara atau saudari boleh melihat sendiri penjimatan yang mampu dilakukan oleh alat ini.